Boleh tahan juga MasWings (Fokker 50) ni siap ada video lagi kat dalamnya. Alhamdulillah untuk kesekian kalinya sampai juga di Pulau Mutiara Laut China Selatan (WP Labuan ler)walaupun terpaksa transit di Miri.
Pulang berhari raya ke WP Labuan. Sepatutnya direct flight A/Setar-KL-Labuan. Tapi dek kerana tiket habis terpaksa ubah destinasi Penang-KL-Miri-Labuan. Maka alkisahnya berbukalah kami sekeluarga di Airport Miri, Sarawak yang cukup terkenal dengan hasil petroleumnya. Alhamdulillah Syukur pada Allah atas segala ni'mat-Nya